Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lapan anggota polis antara sembilan individu ditahan selepas disyaki terlibat dengan aktiviti membabitkan air ketum dalam serbuan di Taman Keramat di sini Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Aida Abdul Hamid mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya memantau rapat kes itu dan siasatan secara telus sedang dilaksanakan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Ya, pihak JIPS Bukit Aman mengesahkan penahanan lapan anggota polis berserta seorang individu awam dalam operasi di Taman Keramat,” katanya ketika dihubungi.

Menurut sumber, serbuan dilakukan pada 8.45 malam di Jalan AU1, Taman Keramat oleh Cawangan Risikan dan Operasi JIPS Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya.

“Lapan anggota polis itu membabitkan tujuh yang bertugas di pelbagai cawangan sekitar IPD Sentul manakala seorang lagi di IPD Brickfields,” menurut sumber berkenaan.

Sumber itu memaklumkan kesemua ditahan di Lokap Balai Polis Hulu Kelang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here