WANGSHINGTON- Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA) telah berjaya ‘mendaratkan’ robot baru di planet Marikh walaupun prosesnya agak dramatik sebelum tiba di permukaan planet merah itu.

Robot berkenaan, InSight dihantar bagi mempelajari secara lebih mendalam apa yang ada di permukaan Marikh dan menjadikannya satu-satunya planet selain bumi yang telah diperiksa melalui cara yang sama.

Kawalan misi NASA di Makmal Propulsion Jet California (JPL) melahirkan rasa gembira ketika InSight selamat mendarat.

Ketua pentadbir agensi berkenaan, James Bridenstine menganggapnya kejayaan itu ‘hari luar biasa dan Presiden AS, Donald Trump juga telah mengucapkan tahniah kepada NASA.

Pengarah JPL, Mike Watkins berkata kejayaan itu harus mengingatkan semua orang bahawa untuk melakukan sains kita harus berani dan kita perlu menjadi penjelajah.

InSight kini duduk di dataran yang luas yang dikenali sebagai Elysium Planitia berhampiran dengan khatulistiwa Red Planet. Sebelum mendarat, NASA telah menggelarnya sebagai “tempat meletak kereta terbesar di Marikh”.

Gambar pertama landskap itu kembali sangat cepat cuma dalam masa beberapa minit sahaja melalui pandangan fish eye robot.

Imej itu diambil melalui penutup lensa tembus kamera pada robot berkenaan.- MalaysiaGazette