Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta mereka yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa menghormati kedaulatan undang-undang.

Menteri Dalam Negeri mengingatkan penganjur dan peserta supaya berhimpun secara aman dan mematuhi undang-undang sepanjang masa.

“Elakkan sebarang tindakan yang boleh menganggu arahan awam dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan pelbagai kaum,” katanya dalam satu kenyataan semalam bagi mengulas mengenai Himpunan Jihad Perkasa di Kampung Baru hari ini.

Muhyiddin berkata, polis akan memantau perhimpunan itu dan tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang didapati melanggar undang-undang.

“Negara kita baru saja melalui kejadian di kuil Seafield Sri Maha Mariamman yang menyebabkan kegelisahan dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia. Jadi, semua pihak tidak boleh melakukan perkara yang akan memburukkan keadaan,

“Saya percaya Perkasa, sebagai sebuah NGO yang telah lama ditubuhkan di bawah kepimpinan yang bertanggungjawab, akan memahami dan menghormati prinsip-prinsip kedaulatan undang-undang, keperluan untuk memelihara keharmonian dalam kalangan masyarakat serta ketertiban umum,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast