Buhari. foto Reuters

ABUJA – Presiden Nigeria Buhari menafikan dakwaan bahawa beliau telah meninggal dan digantikan oleh seorang individu dari Sudan.

Penafian itu dibuat bagi menutup khabar angin tentang kematiannya yang tular di media-media sosial sejak berbulan-bulan.

Buhari, yang bertanding semula untuk pilihan raya pada bulan Februari ini menghabiskan masa lima bulan di Britain tahun lalu untuk mendapatkan rawatan yang tidak didedahkan.
Hinggakan satu peringkat, ada teori menyatakan bahawa Buhari telah digantikan oleh seorang invidu yang serupa dengannya yang dikenali sebagai Jubril.

Meskipun tidak ada bukti, tetapi video dakwaan itu telah ditonton beribu-ribu kali di YouTube dan Facebook.

“Sebenarnya ia adalah saya. Saya beri jaminan kepada anda. Saya akan menyambut ulang tahun ke-76 dan masih kuat,” kata Buhari dalam sesi town hall di Poland, ketika beliau menghadiri satu persidangan.

Tambahnya, ramai orang berharap beliau mati semasa sakit.

“Mereka yang menyebarkan khabar angin itu adalah jahil dan tidak beragama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast