Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Dr Maszlee Malik supaya tidak memperalatkan para pelajar sekolah dan menganiaya masa depan mereka.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, ada masa dan tempat untuk berpolitik tetapi bukan di sekolah.

Malah, beliau membayangkan Menteri Pendidikan itu akan menjadi sebahagian buku sejarah tidak lama lagi.

“Ada masa dan tempatnya kita berpolitik, bukan di sekolah. Jangan peralatkan anak-anak kecil kita, jangan aniaya masa depan mereka,” kata Najib menerusi hantaran terbaharu dalam Facebook.

Najib dipercayai mengulas kenyataan Maszlee di Parlimen yang mahu memasukkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam buku sejarah.

Selain skandal 1MDB, jenayah menyamun harta kerajaan oleh segelintir pemimpin politik di negara ini juga dicadangkan dimasukkan dalam buku sejarah.

Katanya, dengan cara itu diharap generasi pada masa depan tidak mengulangi perbuatan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast