KUALA LUMPUR – Pendapatan 114 Badan Berkanun Persekutuan pada tahun 2017 berjumlah RM124.362 bilion iaitu meningkPat sejumlah RM18.818 bilion atau 17.8 peratus berbanding RM105.544 bilion pada tahun 2016.

Pendapatan janaan sendiri berjumlah RM100.785 bilion atau 81.1 peratus merupakan penyumbang terbesar jumlah pendapatan, diikuti dengan geran mengurus berjumlah RM16.952 bilion atau 13.6 peratus dan pelunasan geran lain berjumlah RM6.625 bilion atau 5.3 peratus.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Siri 2, geran mengurus yang diterima oleh 71 Badan Berkanun Persekutuan di bawah 21 kementerian adalah berjumlah RM16.952 bilion, iaitu menurun sejumlah RM1.198 bilion atau berbanding RM18.150 bilion pada tahun 2016.

Manakala geran pembangunan yang diterima oleh 53 Badan Berkanun Persekutuan di bawah 15 kementerian adalah berjumlah RM7.310 bilion iaitu menurun sejumlah RM1.643 bilion berbanding RM8.953 bilion bagi 57 Badan Berkanun Persekutuan di bawah 16 kementerian pada tahun 2016.

Sejumlah RM6.625 bilion geran pembangunan telah dilunaskan oleh 69 Badan Berkanun Persekutuan di bawah 18 kementerian, iaitu meningkat sejumlah RM1.721 bilion atau 35.1 peratus berbanding RM4.904 bilion bagi 66 Badan Berkanun Persekutuan di bawah 17 kementerian pada tahun 2016.

Katanya, sebanyak 75 Badan Berkanun Persekutuan mencatatkan lebihan pendapatan manakala 39 Badan Berkanun Persekutuan menunjukkan kekurangan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 2017.

Sebanyak 109 Badan Berkanun Persekutuan yang mencatatkan lebihan terkumpul, yang mana Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencatatkan lebihan terkumpul yang tertinggi berjumlah RM61.680 bilion, diikuti oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM25.809 bilion dan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan jumlah RM14.744 bilion.

Nilai aset bagi 114 Badan Berkanun Persekutuan di bawah 23 kementerian adalah berjumlah RM1,822.001 bilion mencatatkan peningkatan sejumlah RM101.891 bilion berbanding RM1,720.110 bilion pada tahun 2016.

Daripada keseluruhan nilai aset tersebut, sejumlah RM1,464.390 bilion atau 80.4 peratus adalah terdiri daripada aset pelaburan, diikuti dengan aset lain berjumlah RM269.160 bilion atau 14.8% manakala tunai dan kesetaraan tunai adalah berjumlah RM88.451 bilion.

Menurut laporan itu, sebanyak tujuh Badan Berkanun Persekutuan telah merekodkan peningkatan aset pelaburan pada tahun 2017 antara 1.7 peratus hingga 15.1 peratus berbanding tahun 2016 manakala tiga Badan Berkanun Persekutuan
mencatatkan pengurangan dalam aset pelaburan antara 12.8 peratus hingga 30.3 peratus.

Nilai aset pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dalam negara adalah berjumlah RM814.814 bilion manakala nilai
aset pelaburan di luar negara berjumlah RM649.576 bilion.

Tambahnya, nilai pelaburan bersih dalam syarikat subsidiari oleh 53 Badan Berkanun Persekutuan di bawah 15 kementerian adalah berjumlah RM33.634 bilion, iaitu meningkat sejumlah RM2.887 bilion berbanding RM30.747 bilion pada tahun 2016.

Perbezaan ini disumbangkan oleh penubuhan 21 buah syarikat baru pada tahun 2017 menjadi 224 buah
syarikat berbanding 203 buah syarikat pada tahun 2016.

Sebanyak 114 agensi memperoleh tunai dan kesetaraan tunai berjumlah RM88.45 bilion menurun sejumlah RM10.91 bilion berbanding RM99.36 bilion pada tahun 2016.

Baki liabiliti bagi 114 Badan Berkanun Persekutuan di bawah 23 kementerian adalah berjumlah RM519,853.49 juta pada tahun 2017 dan RM512,492.03 juta yang dilaras semula pada tahun 2016.

Manakala baki pinjaman bagi 25 Badan Berkanun Persekutuan di bawah 15 kementerian adalah berjumlah RM88.356 bilion, iaitu meningkat sejumlah RM7.642 bilion berbanding RM80.714 bilion pada tahun 2016.

Sebanyak 25 Badan Berkanun Persekutuan di bawah 13 kementerianmempunyai liabiliti luar jangka berjumlah RM2.104 bilion, iaitu meningkat sejumlah RM0.545 bilion berbanding RM1.559 bilion pada tahun 2016. – MalaysiaGazette