KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini aktiviti penjualan sederhana dalam pasaran saham tempatan selepas mencatat keuntungan pada penutup semalam.
Pada jam 9.12 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.67 mata kepada 1,696.05 daripada penutup Isnin iaitu 1,699.72.
Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 154 berbanding 111, 171 kaunter tidak berubah, 1,432 tidak didagangkan dan 21 lagi digantung.
Jumlah pasaran berada pada 380.41 juta unit bernilai RM96.25 juta.
Peniaga berkata, selepas Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20), pelabur kini memberi tumpuan kepada mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang dijadualkan hujung minggu ini dengan ahlinya dijangka bersetuju mengurangkan pengeluaran.
“Ia dilihat sebagai langkah positif, yang menterjemahkan kepada harga minyak lebih tinggi semalam yang mana meningkat sebanyak lima peratus,” kata peniaga.
Harga minyak hari ini berada pada AS$61.87 setong, naik 0.29 peratus.
Dikalangan saham mewah, Maybank susut satu sen kepada RM9.42, Public Bank jatuh lapan sen kepada RM24.80, Tenaga susut 10 sen kepada RM14.20, sementara Petronas Chemicals menokok dua sen kepada RM9.19.
Saham aktif pula menyaksikan, London Biscuits naik dua sen kepada 62.5 sen, Ucrest turun setengah sen kepada 30 sen, sementara Bumi Armada dan Talam Transform tidak berubah, masing-masing empat sen dan tiga sen. – MalaysiaGazette