Jho low
Low Taek Jho

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan yang sedang dijejaki polis, Low Taek Kho berkata, pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadapnya berhubung penyalahgunaan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bertujuan untuk mengalih perhatian kegagalan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang mempertahankan dirinya baik, Jho Low percaya beliau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia, sambil mendakwa kerajaan tidak berminat dalam kedaulatan undang-undang, menurut laporan The Star Online yang memetik kenyataan seorang jurucakap.

“Seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, Low tidak akan mengemukakan kepada mana-mana bidang kuasa, yang mana kesalahannya telah ditentukan oleh politik dan tidak ada proses undang-undang yang bebas.

“Tuduhan-tuduhan ini bertujuan untuk mewujudkan rasa keselamatan yang tidak wujud disebabkan oleh kehilangan keyakinan politik disebabkan regim Mahathir kerana gagal dalam beberapa isu semasa,” menurut laporan tersebut.

Jurucakap itu berkata, pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau tidak lebih daripada kesinambungan percubaan oleh media dan tindakan politik oleh Dr Mahathir.

Semalam, Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low dan empat individu termasuk seorang wanita.

Waran itu dikeluarkan oleh mahkamah secara ‘in absentia’ iaitu tanpa ketidakhadiran tertuduh bagi membantu siasatan berhubung tuduhan pengubahan wang haram membabitkan skandal tersebut.

Selain Jho Low, empat individu terbabit dipercayai bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan; bekas pengarah eksekutif, Casey Tang Keng Chee serta dua bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan Eric Tan Kim Loong.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan polis telah memfailkan pertuduhan jenayah di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) terhadap Jho Low dan empat individu terbabit berkaitan dikaitkan dengan 1MDB.

Kelima-lima mereka menghadapi sebanyak 13 pertuduhan yang melibatkan kerugian wang berjumlah AS$1.17 bilion (RM4.2 bilion). – MalaysiaGazette