Rakaman awal di lokasi kejadian kemalangan keretapi laju yang menyebabkan empat maut dan 43 lagi cedera. foto Agensi

ANKARA -Empat maut apabila keretapi laju bertembung dengan lokomotif lain dan melanggar jambatan di stesen keretapi di Ankara.

Insiden itu turut mencederakan 43 orang.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan semasa ia sedang dalam perjalanan dari Ankara ke Konya.

Gabenor, Vasip Sahin memberitahu, nahas itu berlaku apabila keretapi laju melanggar lokomotif yang sedang menjalani pemeriksaan trek.

Setakat ini belum diketahui berapa kelajuan keretapi itu semasa kemalangan berlaku.

Tetapi perjalanan keretapi laju bagi laluan Ankara-Konya adalah tanpa henti.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast