KUALA LUMPUR – Did the right thing. Thank you.
Itu respon ringkas Khairy Jamaludin dalam twitternya terhadap tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini menyerahkan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan memangku tugas Presiden UMNO.
Khairy sebelum itu, melalui media sosial menasihati Ahmad Zahid supaya meletakkan jawatan sebagai presiden ekoran krisis kepercayaan ramai wakil rakyat UMNO melompat parti.
Ahmad Zahid berkata, tindakan itu dilakukan selepas merasai keresahan segelintir pimpinan UMNO yang khuatir mereka akan menerima tekanan, siasatan dan tuduhan demi tuduhan yang beliau alami.
“Demi keutuhan UMNO dan demi kepentingan pimpinan di semua peringkat terutama ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN serta UMNO bahagian-bahagian, langkah-langkah menyelamatkan situasi tersebut harus dilakukan segera,” ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.- MalaysiaGazette
http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/18/mohamad-pangku-tugas-tugas-presiden-umno-zahid/