Azalina Othman said
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mengharapkan agar Timbalan Presidennya yang memangku tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dapat mencari jalan terbaik dalam memastikan parti itu terus hidup.

Menurut beliau, Mohamad Hasan atau Tok Mat pastinya mempunyai kaedah bagi memastikan kemelut yang dihadapi UMNO kini dapat diredakan.

“Saya percaya seluruh ahli-ahli UMNO menantikan sentuhan drastik dari Datuk Seri Mohamad Hassan bagi menenangkan kembali ketida tentuan yang berlaku di dalam parti ini.

“Justeru diharap beliau mampu untuk bertindak segera bagi meredakan kemelut yang melanda sekaligus menggariskan hala tuju yang jelas kepada seluruh kepimpinan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bercuti perlu disambut baik oleh semua ahli-ahli parti dan menyifatkan langkah itu sebagai tindakan berani. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast