Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Pas tidak akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang dijadualkan diadakan pada 26 Januari tahun depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa harian Pas.

Meskipun begitu, Pas berharap PRK itu akan mengukuhkan kedudukan pembangkang dalam melaksanakan amalan demokrasi yang memerlukan proses semak dan imbang.

“Selaras dengan itu, Pas memutuskan akan memberi sokongan kepada calon pembangkang dalam Plihan Raya Kecil ini nanti.

“Sehubungan itu, Pas menyeru dan akan mengarahkan ahli-ahlinya di kawasan ini supaya turun membuang undi sebagaimana pendirian parti,” katanya. – MalaysiaGazette