Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub beramah-mesra bersama penerima anugerah pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Ke-45 di Hotel Everly, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 19 DISEMBER 2018
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub beramah-mesra bersama penerima anugerah pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Ke-45 di Hotel Everly, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 19 DISEMBER 2018

PUTRAJAYA – Tempoh penggantungan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang berkuatkuasa sejak 1 Jun lalu akan berakhir pada 15 Januari depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, NAFAS yang digantung selepas dikesan menghadapi masalah serius akan berfungsi seperti biasa selepas tempoh penggantungan itu tamat.

“NAFAS masih digantung sehingga 15 Januari 2019. Selepas itu NAFAS akan bergerak macam biasa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-45 di Hotel Everly malam tadi.

Salahuddin berkata, sejak badan itu digantung, pihaknya berjaya memulihkan sepenuhnya agensi yang terkenal dengan pengeluaran baja itu.

“Sudah 95 peratus.. saya boleh beri A plus,” katanya lagi.

Sementara itu, Salahuddin juga mengharapkan kepimpinan NAFAS pada pemilihan akan datang akan mengutamakan calon yang penuh berintegriti dan tidak mengulangi salah laku rasuah sejak pentadbiran terdahulu.

“Saya dapati mereka yang jadi pemimpin NAFAS, semua golongan veteran sama ada mereka dalam politik atau kerja-kerja sosial masyarakat.

“Jadi, saya yakin dan percaya di atas pengalaman digantung ini, kita telah mula amalkan tadbir urus yang baik, cekap dan bersih, kita perbaiki ketelusan

“Saya yakin pemilihan akan datang akan melahirkan kepimpinan berintegriti dan pandu mereka beri segala bimbingan dan kalau boleh semua peringkat NAFAS akan dapat lahirkan kepimpinan benar-benar berintegriti itu harapan kita.

“Hanya dengan itulah kita dapat menyelesaikan isu sebahagian besar apa yang telah berlaku sebelum ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast