SPRM buka bilik gerakan sepanjang PRK DUN Semenyih
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan badan itu telah menerima arahan untuk ‘membutakan mata’ terhadap bukti serta mengugut saksi dalam siasatan kes melibatkan seorang pegawai kanan Lembaga Tabung Haji.

SPRM berkata, pihaknya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), undang-undang dan peraturan yang ditetapkan semasa menjalankan siasatan.

“Ingin ditegaskan bahawa SPRM sentiasa bersikap profesional dan mengikut ‘rule of laws’ semasa menjalankan siasatan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Tangkapan atau penahanan yang dilakukan SPRM bertujuan untuk membantu siasatan berdasarkan asas-asas kukuh,” demikian menurut kenyataan itu.

Semalam, seorang pegawai pengurusan kanan Tabung Haji bergelar ‘Datuk’ direman empat hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan kes rasuah berbentuk pengubahsuaian rumah bernilai RM400,000.

Perintah tahanan reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ia ekoran laporan Lembaga Tabung Haji pada 30 November lalu berhubung penyalahgunaan wang dana jemaah haji dan salah nyata dalam perjanjian korporat.

Laporan itu membabitkan bekas Pengerusi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta pengurusan kanan Tabung Haji.

Justeru itu, menurut SPRM, perbuatan mengeluarkan kenyataan oleh mana-mana pihak atau individu berhubung kes yang sedang disiasat boleh mengganggu dan menjejaskan perjalanan siasatan yang juga seolah-olah memaksa SPRM mendedahkan hasil siasatan kepada masyarakat.

“SPRM tidak akan membuat sebarang pendedahan terhadap hasil siasatan dan hanya akan menyerahkan kertas siasatan yang lengkap kepada Jabatan Peguam Negara selaku Pendakwa Raya bagi membuat keputusan secara profesional,” katanya dalam kenyataan. -MalaysiaGazette