Lima terbunuh manakala empat lagi dikhuatiri parah selepas dua kereta yang membawa bom meletup di wilayah somalia hari ini

MOGADISHU – sekurang-kurangnya lima terbunuh dan empat parah selepas sebuah kereta yang mengandungi bom meletup di Somalia pada Sabtu.

Seorang pegawai polis, Major Mohamed Hussein memberitahu Reuters bahawa letupan kedua menyusul tetapi punca masih tidak dapat dipastikan pihak berkuasa.

“Letupan pertama kereta mengandungi bom itu berlaku di pusat pemeriksaan menyebabkan kematian lima orang kebanyakannya askar pengawal keselamatan.

“Manakala empat lagi tercedera dalam insiden sama,” katanya.

Angka kematian dikhuatiri akan meningkat.

Kejadian letupan itu disyaki berlaku pada jarak 400 meter dari rumah kediaman rasmi Presiden Somalia.

Menurutnya, masih terlalu awal untuk pihak berkuasa memperincikan mengenai insiden letupan kedua yang berlaku di wilayah tersebut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast