Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan berhati-hati hari ini, kerana ketidaktentuan di Amerika Syarikat (AS) berterusan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup lemah 11.22 mata atau 0.67 peratus pada 1,672.60 berbanding 1,683.82 pada penutup Isnin.

Bursa tempatan ditutup semalam kerana cuti Krismas.

Indeks barometer bergerak antara 1,660.80 dan 1,674.85 sepanjang hari selepas dibuka susut 15.13 mata pada 1,668.69.

Suasana pasaran adalah negatif dengan 567 rugi berbanding 208 untung, 318 kaunter tidak berubah, 792 tidak didagangkan dan 35 lagi digantung.

Jumlah dagangan adalah 1.41 bilion saham bernilai RM966.80 juta.

Seorang peniaga berkata, penutupan sebahagian kerajaan AS dan berita bahawa Presiden AS, Donald Trump, berbincang untuk menyingkirkan Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, mengurangkan minat risiko global dan Bursa Malaysia tidak terkecuali.

“Aliran menurun di pasaran saham tempatan sejajar dengan kebanyakan bursa serantau yang menyaksikan Indeks Straits Times Singapura susut 1.31 peratus pada 3,011.15, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.40 peratus pada 25,651.38 dan Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan lemah 1.31 peratus pada 2,028.01,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank susut dua sen kepada RM24.76, Tenaga rendah 46 sen kepada RM13.54, Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM9.19, tetapi Maybank meningkat sembilan sen kepada RM9.35 sementara CIMB meningkat empat sen pada RM5.72.

Kaunter aktif, Sapura Energy susut 2.5 sen kepada 29 sen, Bumi Armada susut setengah sen kepada 1.5 sen sementara MyEG meningkat 5.5 sen kepada 93 sen, Prestariang meningkat 3.5 sen kepada 40.5 sen sementara Hubline tidak berubah pada empat sen.

United Plantations mendahului senarai rugi yang susut 80 sen kepada RM25.00, Nestle susut 50 sen kepada RM145.50, Petronas Gas susut 40 sen kepada RM18.78, BAT susut 34 sen kepada RM35.56 dan Petronas Dagangan susut 30 sen pada RM26.20.

Indeks FBM Emas susut 77.95 mata kepada 11,380.30, Indeks FBMT 100 lemah 76.05 mata kepada 11,299.12 dan FBM 70 susut 87.39 mata kepada 12,814.52.

Indeks FBM Ace susut 52.10 mata pada 4,174.49 sementara Indeks FBM Emas Shariah merosot 135.35 mata kepada 11,324.03.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.27 mata kepada 164.52, Indeks Perladangan susut 26.57 mata kepada 6,754.66 sementara Indeks Kewangan meningkat 52.85 mata kepada 17,20.93.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.10 bilion saham bernilai RM922.04 juta daripada 901.4 juta unit bernilai RM806.57 juta yang direkodkan pada Isnin.

Jumlah dagangan Waran susut kepada 171.23 juta unit bernilai RM25.44 juta daripada 232.65 juta unit bernilai RM49.41 juta pada Isnin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 139.32 juta saham bernilai RM19.09 juta, daripada 130.04 juta saham bernilai RM19.54 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna berjumlah 132.07 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (202.97 juta), pembinaan (45.40 juta), teknologi (186.32 juta), SPAC (7.48 juta) perkhidmatan kewangan (16.29 juta), hartanah (65.61 juta), perladangan (18.95 juta), REIT (5.81 juta), tutup/dana (62,100), tenaga (295.63 juta), penjagaan kesihatan (18.56 juta), telekomunikasi dan media (19.27 juta), pengangkutan dan logistik (77.04 juta) dan utiliti (9.57 juta). – MalaysiaGazette