Dalam foto itu, Hishammuddin dan Azmin memegang erat tangan masing-masing sambil tersenyum di Maghribi.

KUALA LUMPUR – Nampaknya gambar keluarga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bercuti di Maghribi juga menjadi isu.

Dalam kemelut krisis PKR sekarang, ada membuat spekulasi ‘percutian’ itu bukan percutian biasa tetapi ada udang di sebalik batu.

Gambar yang sama turut dimuatnaik anak sulung Mohamed Azmin, Ameer dengan kapsyen ‘Our family reunited’ mengundang terus spekulasi netizen.

Dalam foto itu, Hishammuddin dan Azmin memegang erat tangan masing-masing sambil tersenyum.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR selepas mengalahkan Rafizi Ramli selalu dikaitkan terlibat dalam usaha menidakkan proses Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Manakala Hishammuddin yang berundur daripada sebarang jawatan dalam UMNO pula dikatakan salah seorang broker membawa ahli-ahli Parlimen UMNO ‘melompat’ ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menafikan dakwaan itu dan menyatakan kesetiaan kepada parti dan ketua masing-masing.

Apa pun, hubungan Hishammuddin dan Mohamed Azmin sebenarnya sudah lama terjalin dan merentasi fahaman politik namun dalam situasi sensitif politik tanahair – percutian bersama sebegini sudah pasti mengundang pelbagai spekulasi.- MalaysiaGazette