Papan tanda larangan merokok yang ditampal di sebuah restoran selepas dikuatkuasa pada hari ini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 JANUARI 2019
Papan tanda larangan merokok yang ditampal di sebuah restoran selepas dikuatkuasa pada hari ini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melakukan pemeriksaan terhadap restoran-restoran perlu juga membantu memantau pelaksanaan peraturan larangan merokok.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kerjasama di antara pihak berkuasa tempatan dan penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu dipertingkatkan bagi memastikan peraturan yang baharu berkuatkuasa 1 Januari itu dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Kami menyambut baik inisiatif dan usaha berterusan KKM untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan bersih dengan nemperkasa peraturan larangan merokok di semua premis restoran.

“Tindakan ini juga mencerminkan usaha kerajaan dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju berasaskan pembangunan komuniti dan generasi mampan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bermula pada 1 Januari lalu, semua premis makanan secara automatik diwartakan sebagai tempat larangan merokok.

Arahan itu yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan, larangan merokok sama ada di dalam atau di luar premis bagi melindungi orang awam terdedah dengan asap rokok.

Menurutnya, arahan itu selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 dan Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (2004).-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast