Saya pasti Saudara menerima banyak mesej hari ini. Saya memilih untuk menghantar mesej yang terbuka kerana kita ada tanggungjawab untuk bercakap secara terus-terang. - Rafizi Ramli #malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sistem penggiliran Yang Dipertuan Agong memang ada dalam Perlembagaan Negara.

“Sudah tentu ia kuasa mutlak Majlis Raja-Raja tetapi sistem penggiliran YDPA ada tertera dalam Jadual Ketiga dalam Perlembagaan Negara,” ujarnya dalam ciapan twitternya hari ini.

Menurut beliau, jawatan tertinggi negara itu mungkin ditawarkan kepada Pahang dan jika sultannya menolak ia giliran Johor.

Ia terdapat dalam Perkara 32 (4) dalam perlembagaan, katanya.

Sebelum itu, Sultan Muhammad V melepaskan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa semalam.

Sementara itu, Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan timbalannya akan diadakan pada 24 Jan ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Raja-raja dalam pertemuan pada 10.30 pagi tadi di Istana Negara yang turut menetapkan Mesyuarat Khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong yang baharu dan timbalannya akan diadakan pada 31 Jan ini.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/07/mesyuarat-khas-pilih-agong-pada-24-jan/