Bung Moktar Radin
Bung Mokhtar Radin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin belum bersedia untuk berhenti merokok, walaupun kerajaan Pakatan Harapan menerusi Kementerian Kesihatan menguatkuasakan larangan merokok.

Katanya, untuk masa ini beliau belum menemui hidayah untuk berbuat demikian, tetapi tidak bermakna tidak boleh menjadi pemimpin yang baik untuk rakyat di negeri dan kawasan Parlimennya.

“Dan, mereka yang merokok pun tidak bermakna mereka akan jadi pemimpin yang baik untuk rakyat. Ada juga yang tak merokok, tak juga sihat,” katanya dalam hantara Twitternya semalam.

Beliau menyatakan demikian secara berseloroh dengan seorang netizen, Mohd Hadzri yang meninggalkan komen dalam akaun Twitternya mengenai merokok.

“Ada juga yang tidak merokok, tidak sihat? Memang betul.. bayangkan yang tidak merokok tidak juga sihat.

“Apa lagi yang merokok kan, yang tidak merokok itu tak juga sihat ada kemungkinan sebab si perokok di sekelilingnya,” komen Mohd Hedzri.

Berkuatkuasa 1 Januari lalu, semua restoran dan premis makanan di negara ini diumumkan sebagai kawasan larangan merokok.

Selain restoran, premis makanan termasuk warung makanan, kawasan tempat awam dan bangunan kerajaan juga diisytiharkan kawasan bebas daripada asap rokok. – MalaysiaGazette