Aksi Antonio German (kiri).

KUALA LUMPUR – Selangor mengumumkan Antonio Timothy German sebagai pemain import baharu pasukan itu untuk mengharungi musim 2019.

Pengumuman itu dibuat menerusi video menyambut kehadiran Antonio yang dimuat naik di Facebook FA Selangor.

Antonio yang merupakan warga negara Grenada sebelum ini beraksi dengan Gokulam Kerala FC di Liga India.

Pemain berusia 27 tahun berharap dapat membantu bahagian serangan skuad the Red Giants dengan kelebihan fizikal dan kepantasan yang dimilikinya.

Antonio yang lahir di England memulakan kerjayanya di Queens Park Rangers dan beraksi di England sejak 2008 selain India dan Scotland.

Beliau dikatakan mempunyai pengalaman beraksi di liga yang bertaraf tinggi dengan menjaringkan lebih 20 gol. – MalaysiaGazette