Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak Amerika Syarikat susut selepas meningkat lebih daripada 3.0 peratus dalam sesi sebelumnya disebabkan kebimbangan tinjauan ekonomi global.

Niaga hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan kepada AS$51.82 setong pada 0024 GMT susut 0.5 peratus.

Manakala niaga hadapan Brent belum diniagakan.

Harga mintak antarabangsa melonjak sekitar 3.0 peratus pada hari Selasa selepas Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Kebangsaan China memberi isyarat untuk menawarkan lebih banyak rangsangan fiskal susulan dagangan dijangka lebih rendah berbanding minggu sebelumnya.

Tetapi ia kelihatan hanya menawarkan sokongan sementara sahaja kepada harga minyak mentah di tengah-tengah kebimbangan berterusan terhadap kesan konflik perdagangan Sino-Amerika Syarikat.

“Data perdagangan dari China minggu ini tidak positif dengan penurunan dalam eksport dan import menunjukkan kesan yang jelas terhadap tarif Amerika Syarikat,” kata Alfonso Esparza, penganalisis pasaran kanan di broker niaga hadapan, Oanda.

Tinjauan ekonomi global semakin malap apabila ahli parlimen Britania pada Selasa menolak perjanjian Perdana Menteri Theresa May untuk meninggalkan Kesatuan Eropah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast