Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (tengah) bersama timbalannya, Datuk Amiruddin Hamzah (tiga kiri) dan Duta Besar Jepun, Dr. Makio Miyagawa (tiga kanan) beramah mesra bersama penerima-penerima surat pelantikan rasmi bank pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Rasmi Bank Pengatur Utama di Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 18 JANUARI 2019

PUTRAJAYA – Mizuho Bank (Malaysia) Bhd., HSBC Malaysia Bhd. dan Daiwa Capital Markets Singapore Limited dipilih sebagai pengatur utama bersama penerbitan bon Samurai bertempoh 10 tahun bernilai JPY 200 bilion (RM7.6 bilion) di pasaran Jepun.

Daiwa bekerjasama dengan bank pelaburan tempatan, Affin Hwang Investment Bank.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, beliau berharap bon tersebut dapat diterbitkan secepat mungkin selepas beliau pulang daripada Tokyo untuk bertemu para pelabur, Februari ini.

“Kami telah mengambil kira faktor turun naik pertukaran wang asing sebelum membuat keputusan untuk menerbitkan bon ini.

“Apa yang menarik, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd. Zahir merupakan antara individu yang terlibat dengan penerbitan bon Samurai buat kali pertama pada tahun 80-an dan kini beliau sekali lagi terlibat.

“Beliau tahu mengenai selok belok penerbitan bon Samurai,” katanya semasa sidang media selepas menyerahkan surat pelantikan pengatur utama bon Samurai kepada bank-bank terpilih di sini hari ini.

Pelantikan tersebut dibuat selepas Kementerian Kewangan menyenarai pendek enam daripada 27 cadangan yang diterima sehingga 2 November lalu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast