Ahli Lembaga Pengarah AIM, Nurul Iman Dzulkefley.

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan mahu anaknya berfikir panjang sebelum membuat keputusan dalam isu yang menjadi Ahli Lembaga Pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dipertikaikan sesetengah pihak.

“Saya minta Nurul lman fikirkan sebaik-baiknya. Sebagai seorang profesional, saya yakin beliau lebih tahu sebab penglibatannya sejak April 2018 dan mampu untuk membuat keputusan sewajarnya,” kata Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam media sosialnya hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bercakap kepada media selepas pada Walkabout Tempat Larangan Merokok di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 01 JANUARI 2019
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Sebelum itu, ramai mempertikaikan pelantikan anak kepada pemimpin Parti Amanah Nasional itu dalam AIM selain pelantikan Datuk Junaidah Kiting – isteri kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.- MalaysiaGazette