Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lalu untuk dibuka lebih tinggi hari ini berikutan minat belian berterusan di kebanyakan kaunter berkaitan indeks, kata peniaga.

Pada 9.13 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.40 mata kepada 1,701.43, daripada penutupan 1,701.03 Jumaat lalu selepas dibuka 4.38 mata lebih tinggi pada 1,705.41.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 181 kepada 87 dengan 178 kaunter tidak berubah manakala 1,478 tidak diniagakan dan 44 yang lain digantung.

Sejumlah 286.03 juta saham bertukar tangan bernilai RM101.82 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast