TERKINI : Telefon Awam Masih Releven atau Sekadar Hiasan?

Hakikatnya, telefon awam pernah menjadi alat perhubungan terpenting dalam kalangan masyarakat di negara ini terutamanya sekitar tahun 70-an hingga 90-an.

Telefon bimbit atau telefon pintar telah mendominasi gelombang udara dan menyebabkan telefon awam semakin dilupakan.

Akan tetapi sejumlah kecil telefon awam yang masih terdapat di Malaysia sudah tidak dapat digunakan dan sangat usang, menanti hari untuk dihapuskan.

Malaysia Gazette membuat tinjauan dan menemubual beberapa orang awam yang berpendapat bahawa telefon awam masih diperlukan dan memainkan peranan yang penting ketika situasi kecemasan.

Telefon awam boleh dijumpai di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, stesen bas dan keretapi, lapangan terbang dan juga di tepi jalan.

Ia biasanya disediakan oleh syarikat komunikasi, tetapi terdapat juga telefon awam yang disediakan oleh pekedai bagi kegunaan pelanggan mereka.

Sebahagian telefon awam yang masih berfungsi di sudut jalan Kuala Lumpur hanyalah menjadi tanda tanya pada kanak-kanak.