Lembaga Hasil Dalam Negeri

KUALA LUMPUR – Pembayar cukai yang menerima surat atau e-mel Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak perlu berasa bimbang, sebaliknya mereka hendaklah menghubungi LHDNM untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Menurut LHDN, kira-kira 8.3 juta surat dan e-mel PKPS telah dikeluarkan kepada pembayar cukai berdaftar merupakan makluman berkenaan PKPS yang dilaksanakan sejak November 2018 dan akan berakhir pada 30 Jun ini.

“LHDN juga ingin menasihatkan pembayar cukai agar berhati-hati dengan sindiket penipuan yang cuba mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan program ini.

“Pembayar cukai boleh mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut mengenai program ini dengan mengunjungi Pejabat LHDNM yang berhampiran atau menghubungi Hasil Care Line LHDNM di talian 1-800-88-5436 atau 603-7713 6666 (Luar Negara) atau dengan menghantar e-mel pertanyaan kepada: [email protected],” kata agensi itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain Malaysia, program seumpama itu turut telah dilaksanakan oleh lebih 20 buah negara antaranya Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Jerman, Afrika Selatan dan Indonesia bagi memberikan peluang kepada rakyat membuat pengakuan sukarela, selaras dengan inisiatif Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (The Organisation for Economic Cooperation and Development /OECD) dalam melaksanakan pertukaran maklumat di bawah Country-by-Country Reporting (CbCR) yang bermula dalam Bulan September 2018 bagi Negara Malaysia.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast