kilang sarung tangan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengeluar sarung tangan perubatan, WRP Asia Pacific Sdn. Bhd. selepas gagal membayar pekerja selama tiga bulan.

Kerajaan menjalankan siasatan terhadap WRP selepas pekerja-pekerja kilang tersebut terutamanya dari Bangladesh dan Nepal melakukan protes apabila gaji mereka ditahan sejak November lalu.

WRP mengesahkan insiden protes tersebut bagaimanapun menegaskan pertikaian di antara pihak syarikat dan pekerja telah diselesaikan.

Dalam satu emel kepada Thomson Reuters Foundation, syarikat tersebut berkata, ia tidak tahu-menahu mengenai rancangan kerajaan untuk membawa perkara berkenaan ke mahkamah sambil menggelarkan kes tersebut sebagai “tidak ditemui”.

“Tindakan undang-undang akan dibuat segera bagi memastikan kesalahan yang sama tidak berulang dan juga akan memberi pengajaran kepada majikan-majikan yang lain,” kata Jabatan Buruh Malaysia dalam satu kenyataan.

Tindakan tersebut diambil walaupun WRP telah bersetuju untuk menyelesaikan tunggakan gaji.

Bagaimanapun, jumlah pekerja yang terjejas tidak diketahui.

WRP adalah sebuah pengeluar sarung tangan getah perubatan yang lebih kecil berbanding Top Glove, Supermax dan Hartalega mengeluarkan kira-kira 11 bilion sarung getah setahun dan memiliki lebih 4,000 pekerja pada 2016, demikian menurut laman web rasmi syarikat tersebut.-Reuters.