Foto Daily Mail

RUSIA – Nasib malang menimpa bayi berusia 11 bulan apabila meninggal selepas dipanggang oleh datuk dan nenek yang mabuk.

Daily Mail melaporkan, insiden tragis itu berlaku di sebuah perkampungan di Kharoy, Khakassia di sini apabila mangsa di masukkan ke dalam ketuhar.

Mangsa, Maxim Sagalakov sebelum itu ditinggalkan ibunya Viktoria, 20, untuk dijaga datuk dan nenek mereka.

“Ketika tiba di rumah, ibu mangsa terkejut apabila anaknya berada dalam ketuhar selain rentung.

“Datuk dan nenek dipercayai membunuh bayi malang itu kerana berada di bawah pengaruh alkohol,” kata kenyataan Jawatankuasa Siasatan Serantau yang menyiasat kes tersebut.

Bayi itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna selain dibakar pada suhu tinggi di ketuhar.

Polis telah menahan datuk dan nenek mangsa yang berusia 42 serta 47 tahun ini bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast