Tiga anak Ahmad Dhani (dari kiri) Al Ghazali, Dul Jaelani dan El Rumi.

KUALA LUMPUR – Konsert Reunion Dewa 19  malam ini pasti ditunggu-tunggu apabila Dul Jaelani apabila mengambil alih tempat bapanya, Ahmad Dhani selaku pemain keyboard kumpulan itu.

Dul dalam sesi temubual bersama media Indonesia berkata, kemunculan adalah untuk menyelamatkan maruah kumpulan yang diasaskan oleh bapanya selain mencari pengalaman berguna kepadanya dalam mendalami bidang muzik.

Dul atau nama penuhnya Ahmad Abdul Qadir Jaelani berusia 19 tahun merupakan anak lelaki ketiga dan bongsu hasil perkahwinan pertama Ahmad Dhani dengan Maia Estianty.

Dul dikatakan anak paling rapat dengan Ahmad Dhani dan terlibat dalam bidang muzik secara langsung berbanding dengan dua abangnya.

Konsert tersebut bakal menjadi konsert muzik terbesar yang pernah disertainya.

Dul turut menaiki lori tahanan bagi mengiring Ahmad Dhani ke Lembaga Pemasyarakatan (LP) Cipinang pada 28 Januari lalu.

Kumpulan Dewa 19 tiba Malaysia semalam.

Konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia Feat Ari Lasso & Once Mekel akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. Selangor.

Dewa 19 diasaskan oleh Ahmad Dhani pada 1986 hingga 2011 sebelum tempatnya sebagai penyanyi diambil alih oleh Ari Lasso kemudian Once Mekel.

Konsert Dewa 19 Reunion dijadual akan berlangsung di beberapa tempat di Indonesia selepas di Malaysia.

Ini memerlukan Dul terus menjadi pemain keyboard pengganti bersama Dewa 19 sehingga Ahmad Dhani Prasetyo, 46, dibebaskan dari menjalani tahanan selama 18 bulan. – MalaysiaGazette