Seorang wartawan wanita akhbar berbahasa Cina berputih mata selepas kereta Perodua Myvi dan telefon bimbitnya dilarikan dalam kejadian samun bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Seksyen 17 Damansara, Petaling Jaya, di sini tengah malam tadi.
Polis memburu lima lelaki disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah pejabat di Klang, tiga hari lepas. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wartawan wanita akhbar berbahasa Cina berputih mata selepas kereta Perodua Myvi dan telefon bimbitnya dilarikan dalam kejadian samun bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Seksyen 17 Damansara, Petaling Jaya, di sini tengah malam tadi.

Mangsa Yap Hui Ping, 25, berkata ketika kejadian kira-kira 12.15 tengah malam itu, dia sedang mengambil barang dalam kereta yang diletakkan di luar pagar sebelum dihampiri sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah van putih.

Menurut Yap, seorang lelaki menunggu di dalam van manakala seorang lagi bertindak mengacukan parang ke arahnya sebelum merampas kunci kereta dan melarikan kenderaan itu.

“Saya panik dan terkejut ketika kejadian, nasib baik saya tidak dicederakan, keadaan gelap saya tidak nampak berapa orang yang betul-betul berada dalam van itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashriman Ku Mahmood berkata pihaknya telah menerima laporan melibatkan kes berkenaan dan jumlah kerugian dianggarkan RM30,000.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kawasan perumahan dua tingkat berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamatan dan tiada kamera litar tertutup di kawasan kejiranan serta rumah mangsa.

Katanya, usaha mencari dan mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast