STOCKHOLM – Volvo Cars, yang dimiliki oleh Geely melaporkan pendapatan tahun penuh yang lebih tinggi tetapi margin keuntungannya jatuh dan dijangka terus mengalami tekanan tahun ini.

Syarikat automotif itu menghadapi kenaikan dan tekanan harga di sesetengah pasaran berikutan perang perdagangan antara Washington dan Beijing pada 2018.

Selain itu, ia juga menghadapai permintaan yang lebih perlahan daripada Eropah dan China yang merupakan pasaran auto terbesar.

“Untuk tahun 2019, kita melihat satu lagi pertumbuhan volum kerana syarikat akan mendapat faedah daripada program produk yang kukuh dan peningkatan kapasiti.

“Tetapi kami perlu realistik dan mengakui bahawa margin syarikat akan terus mengalami tekanan yang berterusan,” kata Ketua Eksekutif Volvom Hakan Samuelsson dalam satu kenyataan.

Volvo berkata, keuntungan operasinya meningkat sebanyak 0.9 peratus kepada AS$$ 1.5 bilion walaupun marginnya jatuh kepada 5.6 peratus daripada 6.7 peratus.

Keuntungannya pada tahun lalu meningkat sebanyak 21 peratus kepada 252.7 bilion crown Sweden.

Volvo telah berada di landasan pertumbuhan yang kukuh di bawah payung Geely, dengan rekod jualan empat tahun berturut-turut dipacu oleh usaha berterusannya dalam kereta premium mengatasi Mercedes-Benz dan BMW.

Firma automotif yang berpangkalan di Sweden itu telah menangguhkan penyenaraiannya pada tahun lalu disebabkan perang tarif dan kemerosotan industri. – MalaysiaGazette