Ismail Embong dengan anak perempuannya, Emma Maembong.

KUALA LUMPUR – Tindakan tidak bertudung, bersama-sama lelaki dengan berpakaian seksi di luar negara sehingga gambar tersebar adalah salah Emma Maembong sendiri.

Justeru tidak perlu untuk menyalahkan pihak lain termasuklah mengecam abang kepada Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.

Itu antara respon warganet di media sosial, malah netizen turut berpendirian bahawa Ema berusia 27 tahun itu sepatutnya sudah bijak menilai tindakannya.

“Kenapa nak salahkan lelaki tu. Walah dia kata dia yang sebar gambar Ema dah Ema sendiri salah buka tudung pakai seksi dekat luar.

“Ema pun bukan kecil, tak boleh fikir mana betul dan salah,” kata Adriana Audrey menerusi Facebook di ruangan komen status bapa Emma Ismail Embong.

Pelukis terkenal itu terdahulu mengambil kesempatan memuat naik status berunsur kekecewaan terhadap keputusan dan tindakan anak perempuannya itu.

“Duhai perempuan, wajib dijauhi jantan yang buka aib mu; dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat & keluarga,” tulis beliau.

Sebelum ini, Emma terpalit dengan kontroversi apabila gambar yang menunjukkan dirinya bersama-sama Syed Abdullah tanpa tudung yang didakwa ketika itu di luar negara.

Kemudian beberapa hari selepas itu pelakon Kimchi Untuk Awak tersebut membuat kejutan apabila mengambil keputusan tidak lagi memakai tudung kerana mengakui imannya belum kukuh. -MalaysiaGazette