Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan, di sini, kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan, di sini, kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan, di sini, kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Difahamkan, mangsa Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum sebuah Mitsubishi Storm yang diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelongsor dan terjunam ke dalam sungai.

Difahamkan, selain Bari, dua lagi lelaki turut terlibat menyelamatkan penumpang kenderaan itu, namun hanya kedua-dua lelaki itu selamat naik ke darat. Lima penumpang dalam kenderaan itu juga turut selamat.

Menurut ibu mangsa, Masitah Awang, 60, anak lelakinya itu keluar dari rumah selepas waktu Asar untuk memancing bersama rakan baiknya.

“Bari memang suka memancing. Jika ada masa terluang dia akan keluar bersama memancing dengan kawan- kawannya di merata-rata tempat yang menjadi lubuk pancing.

Pagi tadi awal-awal lagi dia dah keluar memancing dan balik ke rumah untuk solat dan makan tengah hari sebelum keluar semula selepas Asar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Masitah lagi, beliau hanya mengetahui tentang kejadian malang itu selepas dimaklumkan oleh suaminya, Mohd Mustafa, 66 yang menerima panggilan daripada polis pada kira-kira pukul 10 malam.

Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu masih melakukan operasi SAR di sekitar lokasi kejadian ketika berita ditulis.

— BERNAMA