Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Idustri, Dr. Ong Kian Ming (tengah) melakukan upacara ‘Yee Sang’ dengan tetamu yang hadir pada Majlis Networking MITI & Agensi Bersama Sektor Swasta Sempena Tahun Baharu Cina di Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Idustri, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 11 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming menafikan beliau pilih kasih di dalam isu penipuan ijazah oleh beberapa pemimpin Pakatan Harapan meskipun merupakan salah seorang yang gigih mendedahkan isu tersebut semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dahulu.

“Dahulu, ketika saya bercakap (mengenai menteri-menteri kabinet Barisan Nasional yang mempunyai ijazah palsu), perkara itu agak jelas yang mana ijazah yang mereka perolehi adalah daripada universiti palsu.

“Jadi, ketika itu saya rasa kenyataan saya adalah bersesuaian.

“Tetapi dalam kes sekarang, ianya perlukan siasatan dan ada proses untuk menentukan sama ada ijazah tersebut palsu atau tidak.

“Sekiranya pemimpin-pemimpin PH yang didakwa memiliki ijazah palsu itu telah dibuktikan bersalah, maka prinsip saya tetap sama iaitu perbuatan tersebut tidak boleh diterima. Saya bukan pilih kasih tetapi ada proses yang perlu diikuti,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Sekitar 2013 dahulu, Kian Ming merupakan antara individu mendedahkan dua menteri kabinet Barisan Nasional iaitu Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin memiliki sijil palsu.

Beliau juga lantang mendesak supaya Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat kedua-dua menteri berkenaan.

Dalam pada itu, Kian Ming meminta semua menteri dan pemimpin politik PH yang didakwa memiliki kelayakan akademik palsu supaya tampil memberi penjelasan kepada rakyat.

“Saya tidak maksudkan semua pemimpin politik mendedahkan kelayakan akademik masing-masing kerana ianya bukan satu keperluan untuk memegang jawatan dalam kabinet dan sebagainya.

“Cuma saya meminta kepada pemimpin-pemimpin yang sedang dijadikan isu ketika ini untuk tampil memberi penjelasan sebenar,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan: 

Marzuki tunjuk transkrip universiti kepada umum

Zuraida nafi graduan NUS, Mohamad Sabu pula tegaskan dibuang ITM

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast