KUALA LUMPUR – AirAsia memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang terpaksa ditempuh oleh seorang penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat ke Tawau pada 10 Februari lalu setelah terlewat lima minit untuk penerbangan.

Dalam kenyataan ringkas kepada MalaysiaGazette, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, pihaknya menantikan maklumbalas terus dari tetamu yang terlibat bagi menyelesaikan perkara yang tidak diingini itu.

AirAsia juga menyedari tentang insiden tersebut dan telah cuba menghubungi penumpang berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara sebenar yang berlaku.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan luahan rasa tidak puas hati seorang warganet selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Aisyah Thomas yang kematian bapanya di Tawau tidak dibenarkan menaiki pesawat atas alasan sudah terlewat.

Netizen itu menyifatkan kakitangan AirAsia yang bertugas pada waktu itu tidak berhati perut.

Ini kerana, Siti Aisyah telah bertolak dari Johor Bahru ke klia2 untuk mendapatkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tawau pada pukul 5.20 petang pada hari kejadian.

Namun, penumpang itu terlewat lima minit apabila tiba di pintu pada pukul 5.25 petang.

Abang Siti Aisyah yang telah berada dalam pesawat telah memohon ihsan kepada anak-anak kapal bagi membenarkan adiknya menaiki pesawat terakhir yang terus ke Tawau, malangnya rayuan itu tidak dilayan.

Akibatnya, Siti Aisyah terpaksa mengeluarkan wang lain untuk membeli tiket penerbangan transit ke Kota Kinabalu dan hanya dapat pulang ke Tawau pada 11 Februari. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: 

Kru AirAsia didakwa tak timbang rasa kepada penumpang kematian ayah

Juruterbang ulas kisah penumpang lewat 5 minit tak dibenar masuk pesawat

5 Komen

  1. Mmng macam nie..aku kene pun aq redha weyyy redha walaupun hati aku panas tak pasl2 macm2 sumpahan aku lemparkan tapi aku sedr aku manusia biasa..sedng kn pintu tu bolh je bukak balik dieorng punya alasan macam2 kata pintu dh tutup la itu ini..padahl pintu tu mash melekat lagi…sumpah time nie aku benggang giler. Tpi tkpela kan..nk buat macm mne..terpksa beli tiket lain…

  2. air asia belum matang buat sedekah di Dunia dan akhirat…. mau untung saja. itu tadi penghujung dunia. wahai airasia…. belajar besedekah yg tidak diketahui org. bukan nak glamor terbaik dunia sepanjang zaman sepanjang dekad. yg sepatut memohon maaf org no 1 tampil.

Comments are closed.