KUALA LUMPUR – Anak kedua Lana Nodin iaitu William Daud Mckienzie atau Billy pada dua hari yang lalu sepatutnyamenjalani pembedahan membetulkan injap jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN).
Namun sewaktu doktor membuat persediaan pembedahan, jantung Billy terhenti selama 10 minit namun bayi comel itu akhirnya memberi tindak balas selepas doktor menggunakan kaedah kejutan elektrik.
“Sangat magis kerana dalam tempoh 10 minit itu, jantung Billy berhenti berdegup.
“Difahamkan, ketika doktor memasukkan tiub ke jantung, dia seolah-olah terkejut seperti sendawa.
“Doktor memberi bantuan pernafasan tapi gagal. Doktor kemudian menggunakan tiub elektrik untuk menggegarkan jantung dan kembali berdegup,” katanya.

“Doktor memberi bantuan pernafasan tapi gagal. Doktor kemudian menggunakan tiub elektrik untuk menggegarkan jantung dan kembali berdegup,”menurutnya.
Tidak bersedia kehilangan anak keduanya, Lana mendedahkan beliau memanjat doa agar Tuhan tidak menarik nyawa Billy.
Dalam masa yang sama Lana atau nama sebenar Mazlina Hasan Nodin, 39, turut mengharapkan orang ramai turut mendoakan anaknya.
“Tak dapat saya bayangkan jika nyawanya ditarik… Pasti luluh rasa hati ini.
“Saya harap orang ramai dapat sama-sama mendoakan Billy,”ujarnya.
Billy dikesan mengalami masalah injap atau aortic stenosis sejak dilahirkan dua bulan lalu.
Lana selain itu memberitahu anaknya memerlukan lebih kurang 48 jam untuk stabil sebelum prosuder pembedahan diteruskan.
“Sekarang dia bernafas dengan bantuan mesin.
“Kalau esok dia boleh bernafas sendiri, kita boleh teruskan prosedur pembedahan membetulkan injap. Kalau tidak, pemantauan akan terus dibuat,”tambahnya. -MalaysiaGazette