Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan dakwaan pihaknya memasang unit kamera baharu bagi Automated Enforcement System (AES) di beberapa lokasi di Lebuhraya Utara Selatan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan dakwaan pihaknya memasang unit kamera baharu bagi Automated Enforcement System (AES) di beberapa lokasi di Lebuhraya Utara Selatan.

Setakat ini, kamera AES atau kini dikenali sebagai Automated Awareness Safety System (AWAS) mempunyai 45 lokasi di seluruh negara.

“JPJ ingin menegaskan bahawa tiada pemasangan kamera baharu dalam jangka masa terdekat ini seperti mana yang didakwa.

“Kesemua 45 lokasi sedia ada hanyalah melibatkan kesalahan melebihi had laju dan gagal mematuhi lampu isyarat merah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum tukar di laman media sosial mengenai pemasangan kamera AES baharu di 26 lokasi di Lebuhraya Utara Selatan di seluruh negara.

JPJ juga menasihatkan orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai dan menyebarkan berita yang tidak benar sebelum mendapatkan kesahihan daripada sumber yang betul.

“Sebarang maklumat berkaitan dengan lokasi kamera AWAS telah dikemas kini dalam laman web www.jpj.gov.my dan maklumat terbaharu akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya. – MalaysiaGazette