Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

SEMENYIH – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan negara tidak ada pelapis ratu skuasy dunia, Datuk Nicol David.

“Persatuan skuasy kita terbaik. Kita memiliki beberapa pelapis yang berkebolehan melangkah jauh dalam dunia skuasy,” ujarnya.

Itu reaksi Syed Saddiq selepas ditanya mengenai pengumuman Nicol untuk bersara dari dunia skuasy pada akhir Jun ini menerusi Instagram peribadinya semalam.

Menurut beliau, ada pelapis muda untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan Nicol seperti  S. Sivasangari – anak muda berusia 20 tahun dari Kedah yang pernah menang pingat perak dalam Sukan Asia.

Syed Saddiq mengiktiraf Nicol merupakan legenda serta aset sukan tanahair yang sukar diganti oleh mana-mana pemain berdasarkan pencapaian cemerlangnya.

“Bayangkan dia (Nicol) pernah menyandang rangking nombor satu dunia selama lapan tahun dan itu satu rekod luarbiasa yang sukar digugat mana-mana pemain di dunia ini,” katanya selepas mesyuarat Jentera Pemuda PRK Pakatan Harapan di Beranang Semenyih malam tadi.

Ditanya kerajaan sama ada mempunyai perancangan menggunakan pengalaman dan kepakaran Nicol sebagai jurulatih pasukan skuasy negara, beliau mengakui kerajaan mempunyai perancangan lebih besar untuk menghargai tokoh sukan itu.

Syed Saddiq berkata, kerajaan sememangnya sudah ada perancangan untuk menghargai sumbangan atlet itu selepas ini.

Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut mengenainya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/19/nicol-david-umum-persaraan/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast