LONDON – Penjaga gol termahal dunia, Kepa Arrizabalaga mencetuskan kontroversi pada final Piala Liga awal pagi tadi.

Dia enggan mendengar arahan pengurus Chelsea, Maurizio Sarri agar digantikan dengan Wilfredo Caballero menjadi tumpuan dunia.

Penonton dapat melihat pemain pertahanan, David Luiz menghampiri dan mengatakan sesuatu kepada penjaga gol berusia 24 tahun itu.

Sky Sports melaporkan Luiz yang gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan itu menjelaskan dia meminta supaya rakan sepasukannya itu menghormati keputusan yang dibuat Sarri.

“Saya hanya mengatakan kepadanya pemain perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh pengurus pasukan.

”Saya rasa pengurus mahu menggantikannya kerana dia cedera namun dia salah faham.

”Kepa memberitahu dia tidak dan kembali okey selepas diperiksa pasukan perubatan.

“Dalam permainan pemain tidak ada banyak masa untuk menjelaskan sesuatu perkara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast