Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah kemerosotan prestasi semalaman Wall Street.

Pada jam 9.15 pagi. penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,716.22, menyusut 2.78 mata daripada 1,719 semasa penutup Selasa.

Indeks itu dibuka 1.86 mata lebih rendah kepada 1,717.59.

JF Apex Research berkata, FBM KLCI dijangka kekal di bawah paras rintangan 1,740 mata, berikutan prestasi bercampur-campur di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

“Pasaran AS ditutup rendah sedikit di tengah-tengah pendapatan korporat yang lemah, data ekonomi bercampur dan kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS.

“Saham Eropah meningkat berikutan data pengguna yang positif serta terdapat perkembangan dalam Brexit,” katanya dalam satu nota hari ini.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 184 berbanding 155, manakala 202 kaunter tidak berubah, 1,352 tidak diniagakan dan 69 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 187.78 juta saham bernilai RM120.33 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast