Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (tengah) bersama Pengarah Urusan dan Rakan Operasi McDonalds Malaysia, Azmir Jaafar (lima kanan) bergambar kenangan dengan para penerima anugerah pada Majlis Pelancaran Anugerah Guru Inspirasi 2019 di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2019.

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meminta semua sekolah supaya tidak menganjurkan aktiviti luar ekoran cuaca panas yang melanda negara kini.

eliau berkata,  semua aktiviti luar tidak harus dilakukan kini kerana bimbang akan kesihatan pelajar terjejas.

“Kita seru kepada sekolah supaya tidak menganjurkan program luar yang kerap kecuali mendung.

“Kalau di waktu panas kita tidak galakkan sekolah membuat aktiviti luar dan gesa  kanak-kanak supaya minum banyak air.

“Kepada ibubapa pesan kepada anak-anak mereka supaya menjaga kesihatan, banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar. Kesihatan amat penting kepada anak-anak,” katanya lagi.

Maszlee berkata demikian pada Majlis Pelancaran Anugerah Guru Inspirasi 2019 di Kementerian Pendidikan. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: Cuaca panas reda hujung April

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast