Calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi bersama isteri, Katijah Beebi Bayikhan semasa hadir pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang. foto SYAFIQ AMBAK, 02 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Semenyih selepas menewaskan empat pencabarnya.

Dalam keputusan tidak rasmi sebentar tadi, Zakaria memperoleh 19,780 undi, mengalahkan calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali yang memperoleh 17, 866 undi.

Manakala Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) mendapat 847 undi dan calon Bebas Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ 725 undi.

PRK ini merupakan kemenangan kedua BN selepas PRK Cameron Highlands. – MalaysiaGazette