Ahmad Zahid walaupun masih dalam edah cuti, tetap turun membantu calon BN, Zakaria.
Ahmad Zahid walaupun masih dalam edah cuti, tetap turun membantu calon BN, Zakaria.

KUALA LUMPUR – Kejayaan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam, bukti penyatuan ummah mampu direalisasikan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang berehat daripada menjalankan tugas-tugas presiden berkata, penyatuan ummah itu ditunjukkan melalu jalinan kuat antara UMNO, Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kejayaan BN di Semenyih suatu bukti penyatuan ummah mampu direalisasikan melalui jalinan kuat antara UMNO/BN dan Pas serta NGO,” katanya menerusi ciapan Twitternya, hari ini.

Bagaimanapun, ramai warganet turut mengucapkan tahniah atas kemenangan itu, tetapi pada masa sama mereka mahu Ahmad Zahid menyerahkan jawatan nombor satu UMNO kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kata Abdul Halim Abdullah, demi survival UMNO, Ahmad Zahid perlu berundur secara terhormat dan menyerahkan baton parti kepada Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat.

Faizul Hafiz pula berkata, BN lebih diterima rakyat kalau bekas Meteri Besar Negeri Sembilan itu mengetuai UMNO dan dua keputusan positif BN untuk PRK juga mesej jelas kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu bercuti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast