Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata saksi tersebut merupakan kakitangan Hospital Langkawi dan jiran di kuarters hospital, tempat tinggal pasangan suami isteri yang juga suspek utama kes itu.

LANGKAWI – Polis akan memanggil lapan saksi bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan tiga tahun yang mayatnya ditemukan dalam sebuah gaung di Gunung Raya di sini, di lokasi yang terletak kira-kira sembilan meter dari jalan raya, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata saksi tersebut merupakan kakitangan Hospital Langkawi dan jiran di kuarters hospital, tempat tinggal pasangan suami isteri yang juga suspek utama kes itu.

“Kami dalam proses untuk memanggil staf hospital dan jiran (pasangan tersebut)…ada juga yang dah dipanggil untuk merakam kenyataan mereka. Setakat ini lapan orang, mungkin akan bertambah lagi cuma buat masa ini lapan orang,” katanya kepada pemberita di lokasi pencarian saki-baki anggota badan mayat kanak-kanak itu.

Ketika ditanya mengenai anak-anak pasangan suspek itu, Mohd Iqbal berkata kanak-kanak itu telah dibawa ke Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC), Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk dirakam percakapan mereka.

“Rakaman kenyataan melibatkan kanak-kanak bawah 12 tahun berlainan berbanding orang dewasa jadi mereka perlu dihantar ke CIC,” katanya.

— BERNAMA

Artikel berkaitan: