KUALA LUMPUR – Paras ringgit tidak berubah berbanding dolar US semasa dagangan dibuka pagi ini berikutan pedagang memutuskan untuk kekal tidak memasuki pasaran bagi menunggu pemacu makroeknomi dan geopolitik lebih jelas sebelum komited kepada kedudukan baharu.

Pada 9.16 pagi, ringgit berada pada paras 4.0870/0900 berbanding dolar US daripada 4.0870/0910 semasa ditutup semalam.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0111/0138 daripada 3.0098/0139 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.6605/6636 berbanding 3.6530/6579

Mata wang tempatan turun berbanding pound Britain kepada 5.3863/3906 daripada 5.3724/3793 dan menyusut berbanding euro kepada 4.6224/6278 daripada 4.6187/6236. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast