Puad Zarkashi
Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng wajar disiasat mengikut Akta Hasutan, kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Katanya, kenyataan Menteri Kewangan itu yang dilaporkan sebuah portal sebagai berkata, kerjasama UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu merupakan tuduhan liar dan melampau.

“Guan Eng sepatutnya disiasat mengikut Akta Hasutan, tetapi kita yakin itu tidak akan berlaku kerana DAP paling berkuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebab itu kes rasuah beliau digugurkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau mengajak rakyat turut mengisytiharkan perang terhadap politiking kerajaan PH, terutama DAP dan pemimpin rasis parti itu yang membuat tuduhan liar serta berbaur perkauman.

Dr. Mohd Puad yang merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata, tuduhan liar Guan Eng terhadap UMNO dan Pas membuktikan beliau seorang pemimpin rasis.

“Kenyataannya itu boleh menghasut mereka yang tidak bertanggungjawab supaya semakin berani menghina Islam dan Melayu.

“Dia sebenarnya berjiwa rasis. Apabila orang Melayu dan Islam dihina, kita pula sebagai perkauman dan ekstrem kerana kami bersatu melindungi kesucian agama kami,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. … bila “Master Race” start appealing & Complaining, a new Race becomes A Master.

    A New Dawn of Beginning

Comments are closed.