Liew Chin Tong
Liew Chin Tong.

KUALA LUMPUR – Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong mengakui kenyataan ahli parti itu, Chew Chong Sin mengenai serangan dua masjid di Christchurch, New Zealand yang menyebabkan ramai terbunuh dengan menyatakan kebimbangan terhadap kerjasama UMNO dan Pas telah memberi kesan serius.

Namun kata Timbalan Menteri Pertahanan itu, kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol itu bukannya pendirian parti.

“Walaupun Chew telah menarik balik dan memohon maaf sebanyak tiga kali, saya mengakui kenyataan tersebut memberi kesan serius.

“Nasi sudah menjadi bubur dan saya menegur sikap beliau yang tidak sensitif. Parti amat memandang serius insiden ini,” katanya dalam kenyataan,

Chong Sin dalam kenyataan semalam menyatakan kebimbangan mengenai kerjasama antara UMNO dan Pas yang didakwa menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama.

“Persepakatan UMNO dan Pas serta minat mereka terhadap kaum dan agama adalah tidak bertanggungjawab sama sekali.

“Ia tidak memberi manfaat dalam pembinaan Malaysia baru yang boleh diambil kesempatan oleh kumpulan pengganas asing,” kata Chong Sin.

Chin Tong berkata, apa yang berlaku di Christchurch adalah perbuatan pengganas dan DAP mengecam perbuatan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast