Bandaraya Singapura. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Buat kali pertama, tiga bandar – Singapura, Hong Kong dan Paris berkongsi kedudukan sebagai bandar paling mahal di dunia dalam Tinjauan Kos Kehidupan Global 2019.

Kajian oleh The Economist Intelligence itu membandingkan harga 150 barangan di 133 buah bandar di dunia.

Singapura selama lima tahun berada pada kedudukan bandar paling mahal di dunia.

Ketiga-tiga bandar itu didapati 7 peratus lebih mahal daripada New York di Amerika Syarikat.

New York dan Seoul berada pada kedudukan sama di tempat ketujuh bandar paling mahal di dunia manakala Tokyo pula di tangga ke-13, empat peratus lebih murah daripada ibu negara Korea Selatan.

Seoul mengekalkan kedudukannya sebagai bandar paling mahal di dunia untuk bakul beli-belah, Osaka ditempat kelima.

Tinjauan itu dibuat bagi membantu syarikat-syarikat melakukan pengiraan kos kehidupan termasuk elaun dan pakej ganjaran bagi pengembara perniagaan dan ekspatriat.

Beberapa bandar dalam pasaran baharu muncul seperti Kuala Lumpur, Bangkok, Manila, Phnom Penh dan Hanoi juga menyaksikan kenaikan ketara dipacu oleh pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

New Caledonia pula menyaksikan peningkatan pantas dalam relatif kos hidup berada ditangga ke 20 selepas melonjak 33 tempat.

Begitu juga dengan Kuala Lumpur yang meningkat 10 tempat untuk berada pada kedudukan 88, disusuli Thailand (41) dan Manila (92).

Manakala Hanoi dan Phom Penh pula naik enam anak tangga, masing-masing kepada 76 dan 80. – MalaysiaGazette