Friday, April 19, 2024
Home Nasional SPRM tahan pegawai kanan badan berkanun

SPRM tahan pegawai kanan badan berkanun

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan badan berkanun bagi membantu siasatan skandal projek yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.

Menurut sumber, lelaki berusia 48 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas hadir memberi keterangan.

“Ia berhubung mendapatkan kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa sebuah suruhanjaya perkhidmatan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek pagi esok di Mahkamah Majistret di sini- BERNAMA